Filled Under:

SEDIHNYA !!! "Suami Cuma Bergurau Tapi Mahkamah Putuskan Jatuh Talak Tiga. Luluh Hati Saya" - Luahan Isteri



*Ini merupakan kisah pengajaran yang boleh diambil terutama pasangan suami isteri yang suka bergurau senda.

Gur@u boleh namun jangan sesekali bergurau tentang penceraian. Ini kerana boleh jatuh talak secara sah walaupun hanya untuk bergurau sahaja.

Ini satu cerita yang benar terjadi. Jom baca:

T@di datang seorang wanita muda lingkuangan 30an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik mahkamah rendah syariah. 

#Wanita tu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba dengar dengan jelas. Dia mulakan bicara, boleh tak kalau dia dan suami merujuk kembali. 

Aku bertanya, puan bercerai talak berapa? Dengan teresak-esak dia kata, talak tiga. Allah! Kawan dia tenangkan dia. 

Seorang staff wanita Pejabat Agama Islam menerangkan, puan dan suami tak boleh merujuk kembali sebab puan bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama. 

Wanita muda tu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi aku pun dengar masalah dia. Katanya, suaminya tak melafazkan talak tiga depan dia. 

%Aku pun bertanya balik, jadi mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga? Macam ni, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia, aku dah ceraikan dah isteri aku dengan talak tiga. 

B@lik tu suami ceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya. 

!Aku hanya bercakap, puan banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InsyaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InsyaAllah.. 

&Secara jujur aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah.

Sumber FB Razak Nordin