Filled Under:

SUBHANALLAH !!! ALLAHUAKBAR !!! GANGSTER EROPAH MATI KETIKA BERSUJUD




#GANGSTER EROPAH MATI KETIKA SUJUD.
#Tersentuh hati saya mendengar satu kisah benar diradio ikim petang semalam. Kisah seorang imam di Barat, yang menceritakan tentang pengalamannya.
Suatu hari ketika dia berada disebuah masjid, dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar, rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang, pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gangster itu basah dengan peluh dibadannya.
#Lelaki itu lalu berkata, Tunjukkan aku cara untuk ku memeluk islam?
Lalu imam itu bertanya,siapakah kamu?. Lalu dijawbnya,aku Carlos.
#Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang muslim?. Lalu imam tersebut pun mengislamkn lelaki tersebut. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut.
Lalu bertanya imam tersebut,Apakah yang membuatmu ingin memeluk Islam?.
Jawab Carlos, Aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran didalam hidupku yang kosong.
#Satu hari aku bermimpi cahaya datang kepadaku dan aku mendengar suara berkata, Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah Islam. Lalu aku terjaga. Aku anggap ianya hanya mimpi.
Keesokannya aku bermimpi yang sama. pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur.
oleh itu hari ini aku mencari dimanakah tempat untuk aku menjadi seorang muslim.
Kemudian Carlos berkata lagi, Apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?.Imam itu pun berkata,
Pergilah bersihkan badanmu terlebih dahulu. Lalu Carlos membuka bajunya untuk membersihkan badannya. Lalu imam itu dapat melihat penuh tatusalib pada badan Carlos.
(BACALAH DENGAN NADA YANG SEDIH.. )
#Sejurus selepas itu azan. berkumandang lalu imam bersiap sedia untuk menunaikan solat.
Lalu berkata Carlos ,Apakah yang kamu sedang lakukan?. imam itu pun berkata,Aku hendak solat, kamu duduk sahaja dihujung sana. Carlos pun berkata, Aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat. (Mulianya Carlos walau tidak tahu lansung pasal solat dia tetap hendak solat).
Imam itu pun menjawab, Kalau begitu, kamu berdiri dibelakangku dan ikuti sahaja pergerakanku.
Lalu Carlos pun mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam itu dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali.
#Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos telah terlalu lama bersujud. Lalu dengan perlahan dia berbisik kepada ,Carlos, solat sudahpun selesai.
Namun Carlos masih bersujud. Imam berbisik untuk kali kedua, Carlos, solat sudah pun selesai.
Namun tiada respon daripada Carlos. Dengan perlahan imam itu menyentuh Carlos. Tiba2 Carlos jatuh terbaring.
Tersentak imam itu mendapati yang Carlos tidak lagi bernyawa. Allah telahpun menjemput Carlos sejurus dia memeluk Islam, dikala dia mendirikan solat pertama, didalam sujudnya yang terakhir.
Ya Allah.. betapa hidayahmu dimana-mana. Jadikanlah pengakhiran yang baik juga untukku (husnul khatimah).
Subhanallah, Allahuakbar
Sumber: lipanbaraa